“Sikit-sikit anxiety” – Syazwan Zulkifly Anggap Generasi Muda Lebih Manja & Lembik

Entertainment
23 May 2025 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon Syazwan Zulkifly telah meraih perhatian pengguna media sosial selepas menyuarakan pandangannya mengenai perbezaan generasi dahulu dan generasi masa kini.

Menerusi potongan video podcast ‘Cerita Malam Jumaat’ yang dimuat naik di TikTok, Syazwan atau nama lengkapnya Mohd Syazwan Zulkifly melihat generasi muda masa kini lebih manja dan lembik, sehingga ada yang mendiagnosis diri mereka sendiri dengan masalah anxiety.

Katanya, zaman dahulu jarang diperdengar perkatan ‘anxiety’, yang bermaksud masalah mental ini jarang ada pada generasi waktu itu.

“Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah, tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?

“Saya rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang,” katanya.

Syazwan anggap generasi muda lemah

Menurutnya, sikap segelintir pihak yang mengambil ringan isu kesihatan mental ini boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang benar-benar mengalami gangguan anxiety.

“Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita. Manja, sikit-sikit cakap ada anxiety. Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis.

“Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety,” ujarnya.

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi netizen, ada yang bersetuju dengan pendapat Syazwan dengan berkongsi pengalaman peribadi.

image is not availableimage is not available image is not available

Namun, ada juga yang kurang senang dengan pandangan pelakon itu kerana zaman dahulu kurang kesedaran tentang masalah kesihatan ini.

image is not availableimage is not available

Korang setuju ke dengan pendapat Syazwan?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.