“Sikit-Sikit Dah La” – Ummi Nazeera Dibantai, Netizen Dakwa Lakonan Azhan Rani Terlalu Ganas

Entertainment
12 Jan 2023 • 12:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Azhan Rani memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram memaparkan sebuah babak lakonan bersama pelakon, Ummi Nazeera.

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 46 tahun itu berkongsi video di sebalik tabir di sebuah set penggambaran drama.

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai apabila Azhan dilihat melakukan aksi membelasah dengan menumbuk dan menampar Ummi.

Bila last kau tengok wrestling? ni dalam drama je tau. Jangan buat kat rumah.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 100K tontonan, 9.4K tanda suka, dan 464 komen di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah meluahkan rasa bimbang melihat lakonan Azhan yang dianggap terlalu ganas terhadap Ummi.

image is not available

Berbeza pula dengan reaksi sesetengah pihak yang memuji kedua pelakon itu kerana masih menjaga ikhtilat ketika berlakon dengan memakai sarung tangan dan menjaga aurat.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

(VIDEO) Tindakan Fezrul Khan Lepas 'Cekik' Nadiya Nisaa Dalam Drama Bukan Syurga Pilihan Jadi Perhatian Netizen