Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kurang senang apabila kisah lama masih terus diungkit meskipun dirinya sudah memilih untuk berdiam diri selepas bercerai.
Menerusi perkongsian di Threads, Uqasha mempersoalkan keperluan untuk kembali menceritakan kejadian yang berlaku ketika sesi penggambaran suatu ketika dahulu.
Advertisement
Uqasha Senrose persoal kisah lama diungkit
Menurut Uqasha, dia sendiri tidak pernah membuka cerita mengenai perkara tersebut demi meraih simpati orang ramai.
“Allahu … rasa nya tak perlu nak cerita masa kejadian masa shooting . benda dah lps lama n sy pun sikit tak sentuh nk buat org simpati ke apa . untuk apa ?”
Pilih berdiam diri selepas bercerai
Dalam perkongsian sama, Uqasha menegaskan bahawa dia tidak lagi menyentuh perkara tersebut selepas bercerai.
Pelakon itu turut berpandangan bahawa setiap individu mempunyai fasa sukar dalam kehidupan masing-masing, namun mempersoalkan keperluan untuk terus berkongsi kisah lama.
“sudah la sy dah tk sentuh langsung dah selepas dah bercerai . ikut kn setiap manusia ada down dia tapi pernah ke saya nk share , sikit sikit nk share nk org kesian ke …? sudahlah”
Uqasha Senrose respons komen netizen mengenai Kamal
Dalam pada itu, seorang netizen turut tampil mempertahankan Kamal dengan mengatakan bahawa pelakon berkenaan tidak menyentuh soal perceraian, sebaliknya hanya berkongsi mengenai fasa terendah dalam kehidupannya.
“X faham kamal x de pun ckp apa² hal cerai ke dia just ckp waktu tu dia dlm fasa terendah dlm hidup dia. Tu jee”
Komen tersebut kemudiannya mendapat perhatian Uqasha yang tampil membalas dengan mempersoalkan punca di sebalik fasa terendah yang dimaksudkan.
“Allah hai , titik terendah tu pasal apa ??? cakap fikir n pakai akal sikit blh ?”
Bagaimanapun, Uqasha tidak menjelaskan secara terperinci perkara yang dimaksudkannya.
Uqasha tegaskan sudah move on
Dalam pada itu, Uqasha turut membalas beberapa komen netizen yang memintanya untuk meneruskan kehidupan atau ‘move on’.
Menurutnya, dia sudah meneruskan kehidupan, namun berasa penat apabila masih ada pihak yang terus membuat perbandingan dan mengungkit kisah silam.

Soalan SPM Tentang Penjodoh Bilangan 'Trending', Netizen Hairan Ramai Calon Tak Boleh Jawab
The post “Sikit-Sikit Nak Share, Nak Orang Kesian Ke?” – Uqasha Senrose Persoal Kisah Lama Terus Diungkit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





