”Untuk Apa? Sudahlah, Saya Sudah Tak Sentuh Langsung Lepas Bercerai” – Uqasha Senrose

EntertainmentLifestyle
25 Nov 2026 • 9:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Uqasha Senrose meluahkan rasa kurang senang apabila kisah perceraiannya dengan Kamal Adli masih terus diungkit.
  • Uqasha menegaskan dia tidak pernah menggunakan kisah rumah tangganya untuk meraih simpati selepas bercerai.
  • Dia mempersoalkan mengapa kisah lama masih dibangkitkan dan kesedihannya sering dibandingkan dengan bekas suami.
  • Luahan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Kamal Adli yang pernah berkongsi pengalaman melalui fasa sukar ketika penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat.

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa kurang senang apabila kisah perceraiannya bersama bekas suami, Kamal Adli masih lagi menjadi perbualan sehingga kini.

Menerusi hantaran di Threads, Uqasha menegaskan bahawa dia tidak pernah lagi menyentuh mengenai kisah rumah tangganya selepas bercerai, apatah lagi untuk meraih simpati orang ramai.

Allah, rasanya tak perlu nak cerita kejadian masa shooting. Benda dah lepas lama dan saya pun sikit tak sentuh, nak buat orang simpati atau apa-apa.

Untuk apa? Sudahlah, saya sudah tak sentuh langsung selepas bercerai.

Uqasha Senrose persoal kenapa kisah lama masih dibangkitkan?

View on Threads

Menurut Uqasha, setiap manusia mempunyai ujian dan fasa kesedihan masing-masing. Namun, dia merasakan tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum.

Jika ikutkan setiap manusia ada down dia tapi pernah ke saya kongsikan? Sikit-sikit kongsi, nak orang kesiankan ke?

Pelakon filem Hantu Kak Limah itu turut mengakui dirinya sudah lama melangkah ke fasa kehidupan baharu selepas perceraian.

Bagaimanapun, dia mempersoalkan mengapa kisah rumah tangganya masih terus dibangkitkan dan dibandingkan dengan pengalaman bekas suaminya.

Saya sudah tak layan, tapi kenapa setiap kali nak kena cerita lagi dan lagi?

Awak seorang je ke ada perasaan sedih? Dengan orang tak habis-habis masih lagi nak banding-bandingkan.

Saya pun manusia juga, tapi pernah ke selepas cerai saya keluarkan apa-apa kenyataan untuk orang rasa kesian pada saya?

Respon kenyataan Kamal Adli?

Kamal adli

Untuk rekod, luahan Uqasha itu dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas suaminya, Kamal Adli dalam sebuah temu bual sebelum ini.

Kamal pernah mengakui berdepan fasa sukar ketika menjalani penggambaran filem Takluk 2: Op Daulat susulan rumah tangganya ketika itu sedang dilanda kemelut.

Bagaimanapun, Uqasha dilihat memilih untuk tidak lagi mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan mahu kisah lama itu tidak terus diungkit.

The post ”Untuk Apa? Sudahlah, Saya Sudah Tak Sentuh Langsung Lepas Bercerai” – Uqasha Senrose appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved