Belum reda kontroversi penampilannya ketika Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW 2026), nama Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi perhatian netizen di media sosial.
Kali ini, perhatian tertumpu kepada sebuah video yang memaparkan Leona mengenakan pakaian dengan potongan bahagian dada yang agak terbuka sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
AdvertisementPenampilan Leona Sekali Lagi Cetus Reaksi Netizen
Seperti dijangka, ruangan komen pada perkongsian tersebut dipenuhi pelbagai pandangan.
https://www.tiktok.com/@leonsmeonss/video/7672392496256781589?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7516360201566520839
Ada yang menyifatkan pemakaian Leona sebagai terlalu berani, manakala segelintir pengguna media sosial turut mengaitkan perkara itu dengan bapanya, Azhar Sulaiman.
Malah, ada yang mempersoalkan sama ada Azhar pernah menegur penampilan anak perempuannya susulan beberapa kontroversi pakaian yang pernah menjadi perbualan sebelum ini.
Bagaimanapun, komen tersebut hanyalah pandangan pengguna media sosial dan tidak menggambarkan kenyataan daripada Azhar sendiri.
Sebelum Ini Dikritik Gara-Gara Penampilan Di KLFW 2026
Sebelum ini, Leona turut mencetuskan perhatian apabila hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week 2026 dengan gaya yang disifatkan sesetengah netizen sebagai terlalu berani.
View this post on Instagram
Penampilannya ketika acara fesyen itu menerima pelbagai reaksi sehingga namanya menjadi topik perbualan di media sosial.
Dalam isu terbaharu ini, ada juga yang berpendapat bahawa pemilihan pakaian merupakan hak individu, namun sebagai figura yang mempunyai ramai pengikut, setiap perkongsian sudah pasti menerima perhatian dan penilaian orang ramai.
Pada masa sama, sebahagian netizen berharap kontroversi berkaitan pakaian tidak terus menenggelamkan sisi lain Leona termasuk bakat, kerjaya dan masa depannya.
Setakat ini, Leona dilihat belum memberikan sebarang respons terhadap kritikan terbaharu mengenai penampilannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pakai Seksi Nak Rasa Macam Atlet, Elisya Sandha Perjelas Isu Baju Sendat - "Suami Saya Izinkan"
The post “Sikit-Sikit Tayang, Slay Sangat Ke?” – Ramai ‘Mengucap’ Lihat Pemakaian Anak Azhar Sulaiman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




