“Sila cuba lagi” – [VIDEO] ‘TikToker’ Buat ‘Content’ Macam Ryan Bakery Dikecam Netizen?

Entertainment
29 Jul 2022 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, TikTok merupakan antara salah satu platform media sosial yang amat diminati, khususnya bagi content creator di luar sana yang banyak menggunakan TikTok sebagai tempat untuk meluahkan kreativiti.

Content creator yang pandai mencipta content akan mempunyai peminat yang ramai, lebih-lebih lagi jika content tersebut sesuatu yang menghiburkan dan relatable.

Ryan Bakery merupakan salah seorang content creator yang kreatif dan banyak mengeluarkan content yang relatable terutama sekali untuk mereka yang lahir pada tahun 90-an.

Seperti menjadi adat, jika seseorang itu berjaya menambat hati penonton, pastinya akan ada TikToker lain yang akan mengikuti jejaknya. Kadang-kadang ada yang menjadi, kadang-kadang tu hmmm…

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @mohridwanwahab, dia mengeluarkan video di laman TikTok miliknya yang mempunyai content seakan-akan Ryan Bakery, walaupun ia dilihat sebagai usaha yang baik tetapi punchline video-videonya seperti ‘tidak sampai’.

@mohdridwanwahab

nikmatnye mandi sungai masa ponteng sekolah zaman dulu hahaha.waijib jgn kasi spender basah je nanti kantoi.Jgn ditiru aksi ini lakonan mengimbau zaman 80an-90an.#AbamPolisTukangMasak #fypシ #fyp

♬ River Flows in You – Yiruma

“Tak jadi lah bang…”

Video-video yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, ramai yang merasakan content-nya terlalu sama dengan Ryan Bakery sehinggakan kelihatan agak cringe.

image is not available

Takpe, mungkin nanti dapat ilham baru pulak Teruskan berkarya bang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.