Floria Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya merupakan festival bunga dan taman tahunan terkemuka di Malaysia dan tahun ini, ia berlangsung selama 13 hari dari 29 Ogos sehingga 11 September 2022.
Pertunjukan bunga tahunan itu sudah diadakan sebanyak 13 kali dan acara itu kembali selepas dua tahun tidak diadakan akibat Covid 19.
Pun begitu, dalam sebuah posting yang dimuat naik oleh Facebook rasmi acara tersebut terdapat beberapa kes di mana pengunjung Floria Putrajaya telah mencuri pokok-pokok yang dipamerkan dalam acara tersebut.
Pengunjung Royal Floria Putrajaya adalah dimohon untuk tidak mengambil pokok-pokok bunga di Anjung Floria supaya…
Posted by Royal Floria Putrajaya on Wednesday, September 7, 2022
Silap tuduh ni…
Disebabkan itu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah kenyataan di mana dia menuduh seorang wanita yang dikatakan telah mencuri pokok bunga yang ada di situ.

Tweet tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, sudah pastinya ramai yang marah wanita yang dikatakan mencuri beberapa polybag berisi pokok itu, malah ada juga yang memberikan kecaman yang agak teruk.
Tidak lama kemudian, menurut MStar, anak kepada wanita yang dituduh itu menyatakan yang sebaliknya, dia memberitahu tweet berkenaan merupakan tuduhan yang tidak berasas, malah dia juga mengemukakan resit pembelian pokok-pokok tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, tweet tuduhan itu telah pun dipadam. Mungkin banyak sangat kena kecam kot…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


