Simbah asid: Wanita warga emas ditahan

10 Jul 2023 • 9:36 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga emas kerana disyaki menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ketika memasuki lif di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek berusia 60-an itu ditahan di taman perumahan, M Residensi, Rawang, dekat sini, pada jam 4.20 petang tadi.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Selayang, esok, untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam kejadian pada jam1.27 pagi, Selasa lepas, sepasang suami isteri iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun dan suaminya warganegara asing berusia 37 tahun cedera setelah disimbah asid oleh seorang wanita semasa memasuki lif berkenaan.

Bagaimanapun anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di dalam lif semasa kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama