Simbah asid: Warga emas direman

10 Jul 2023 • 5:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang warga emas direman dalam siasatan ke atas kejadian simbah asid di Batu Caves, yang menyebabkan satu pasangan suami isteri cedera.

Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Arifin Mohamad Nasir berkata wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu direman selama empat hari bermula hari ini.

Motif kejadian masih disiasat, katanya menurut Sinar Harian.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, sepasang suami isteri cedera apabila disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang wanita, semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Mangsa seorang wanita tempatan berusia 60 tahun manakala suaminya, warga asing yang juga pengusaha kedai roti, berusia 37 tahun.

Menurut polis, suspek bertindak menyimbah cecair itu dari luar lif sebelum melarikan diri. Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dilaporkan meminta bantuan orang awam untuk menghantar mereka ke Hospital Selayang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.