Sime Motors Buka Pusat 3S BYD Pertama Di Kota Kinabalu

LocalCars
10 Dec 2024 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Motors Pusat 3S BYD yang pertama di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Pusat yang terletak di atas tanah seluas 1,288 meter persegi itu akan dikendalikan oleh wakil penjual sahnya, Regas EV Sabah.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran, Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan, berkata sebagai pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sime Motors amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Regas EV Sabah untuk melancarkan Pusat 3S BYD baharu di Malaysia Timur.

"Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sambil kami berusaha memenuhi keperluan masyarakat di Sabah yang kian berubah.

image is not available

"Kami amat menghargai kesetiaan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelanggan terhadap kami dan terus bertekad untuk mengatasi jangkaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Fasiliti baharu ini menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan termasuk khidmat rundingan jualan, pandu uji kenderaan dan sokongan selepas jualan.

Di samping itu, BYD Kota Kinabalu berbangga untuk menjadi salah satu daripada Pusat EV pertama di Sabah yang dilengkapi dengan dua unit Pengecas Super DC yang menyediakan empat pistol pengecas.

Kemudahan pengecas canggih ini dapat membekalkan kuasa sehingga 180kW, sedia menjanjikan pengalaman pengecasan yang pantas dan cekap bagi pelanggan.

image is not available

Pusat 3S BYD baharu ini terletak di lokasi strategik di Lot 33, Taman Perindustrian Sedco, Jalan Lintas, 88450 Kota Kinabalu, memudahkan kunjungan pelanggan.

Selain daripada Pusat 3S yang baru dilancarkan di Kota Kinabalu, Regas EV Auto telah membuka bilik pameran BYD baharu di Sibu, Sarawak, iaitu tambahan kepada bilik pameran sedia ada di Kuching.

Ini bermakna kini terdapat sejumlah tiga bilik pameran di Malaysia Timur.

Di seluruh negara, BYD kini mengendalikan 29 bilik pameran, dengan rancangan untuk mencapai angka lebih 30 menjelang akhir 2024.