Teknologi sentiasa berubah dengan laju, begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Pernahkah anda terfikir, bukankah lebih senang jika kita dapat lakukan pembayaran dengan hanya satu langkah sahaja? Oleh sebab itu, ramai telah mula menggunakan kaedah pembayaran mudah alih nirsentuh sebagai kaedah pembayaran utama mereka. Namun begitu, masih ada segelintir yang tidak mahu berubah kepada kaedah pembayaran mudah alih kerana tidak tahu tentang kelebihannya. Jika anda masih tertanya-tanya tentang apakah kelebihan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih nirsentuh, akan kami rungkaikan melalui artikel ini.

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kad Fizikal dan Wang Tunai
Jika anda seorang yang mempunyai banyak akaun bank, tentu anda mempunyai banyak kad bank fizikal yang perlu dibawa apabila pergi membeli-belah dan sebagainya. Tentu ada juga dikalangan anda yang sentiasa membawa wang tunai untuk membuat pembayaran. Tetapi, tahukah anda ada cara yang lebih mudah untuk membayar jika dibandingkan dengan menggunakan kad fizikal?
Melalui pembayaran mudah alih nirsentuh, anda tidak perlu lagi membawa wang tunai atau kad fizikal yang banyak bersama anda. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar sahaja untuk membayar dengan mudah dan yang lagi penting, adalah lebih selamat. Jadi, anda tidak perlu lagi membuang masa untuk mencari kad fizikal ataupun wang tunai di dalam beg. Dimana ia merupakan suatu proses yang agak menyusahkan apabila berada di kaunter pembayaran.

Jika anda mempunyai mana-mana kad bank yang menyokong Visa, ia boleh diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi pembayaran mudah alih nirsentuh seperti Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay. Melaluinya, anda boleh mengesahkan transaksi pembayaran dengan cepat dan mudah. Jadi, anda tidak perlu beratur lama di kaunter untuk membuat pembayaran.
Malah, jika anda membuat pembayaran di luar negara sekalipun, anda boleh melakukan kaedah pembayaran yang sama kerana ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuklah di luar negara. Ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda apabila bercuti di luar negara kerana tidak perlu bersusah payah mencari pusat pengurup wang untuk menukar matawang anda. Jadi, anda tidak perlu lagi risau untuk membawa banyak kad bank fizikal dan wang tunai, kerana telefon pintar sahaja sudah cukup memadai.
Tap, Bayar, Dan Selesai
Melalui pembayaran mudah alih nirsentuh, anda boleh melakukan transaksi pembayaran dengan lebih pantas. Anda hanya perlu membuka aplikasi pembayaran mudah alih nirsentuh, pilih kad yang anda mahu gunakan dan tap telefon pintar pada terminal pembayaran sahaja.

Sekuriti Yang Lebih Kukuh, Kurang Risiko Pencurian Data
Sekuriti merupakan salah satu sebab yang menjadi kebimbangan bagi orang yang masih lagi tidak biasa menggunakan kaedah pembayaran mudah alih nirsentuh ini. Namun, bagi mereka yang sudah biasa menggunakannya akan menyatakan bahawa pembayaran mudah alih nirsentuh ini adalah selamat.

Pertama sekali, fungsi ini hanya memerlukan anda untuk membuka aplikasi pembayaran mudah alih nirsentuh dan mengaksesnya menggunakan pilihan cap jari, pengecaman muka atau nombor kod. Kemudian, kesemua transaksi mudah alih nirsentuh akan ditokenkan. Tentu anda tertanya-tanya, apa maksudnya disini? Melalui proses mengubah kepada token ini, iaakan membuang data-data sensitif seperti nombor kad 16 digit untuk setiap transaksi yang dibuat supaya butiran kad tidak disimpan atau didedahkan kepada peniaga. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko pencurian maklumat perbankan.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, terdapat banyak faedah menggunakan pembayaran mudah alih nirsentuh, termasuklah tidak perlu membawa wang tunai atau kad fizikal dan sekuriti yang kukuh untuk setiap transaksi yang dibuat.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk mula menggunakan kaedah pembayaran mudah alih nirsentuh, anda boleh aktifkan kad bank yang menyokong Visa di dalam aplikasi seperti Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay. Melaluinya, anda boleh menikmati kaedah pembayaran yang lebih efisien yang selamat. Jangan tunggu lagi dan cepat aktifkan kad di aplikasi pada telefon pintar anda sekarang.
Penafian: Advertorial dari Visa Malaysia


