Simpan Duit Syiling Setiap Bulan, Kisah Bapa Ini Beli Meja Belajar Untuk Anaknya Buat Ramai Terharu

Entertainment
27 Aug 2022 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya akan cuba sebaik mungkin untuk menunaikan impian atau hasrat anak-anak. Contohnya, sebelum sesi persekolahan bermula, mak ayah kita akan cuba jugak untuk belikan baju dan kasut baru walaupun gaji mereka dah tinggal sikit.

Seperti kisah seorang bapa di Indonesia ini yang sanggup menyimpan duit syiling setiap bulan untuk membelikan anaknya meja belajar.

Menurut Tribun News, kisah bapa tersebut menjadi tular di media sosial setelah dikongsikan menerusi akaun TikTok rajamebeltemanggung baru-baru ini.

Difahamkan, individu yang merakam video tersebut merupakan pemilik kedai perabot tempat si bapa itu membeli meja untuk anaknya yang telah lama mengidamkan meja belajar.

image is not available

Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 56 saat itu bahawa dia akhirnya meilih untuk membeli meja berwarna merah jambu yang dihiasi dengan karakter My Little Pony.

image is not available

Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan perasaan terharu mereka kepada bapa itu yang sanggup mengumpul duit syiling selama berbulan-bulan demi menunaikan hasrat anaknya.

image is not available

Semoga anak pakcik ni akan belajar bersungguh-sungguh lepas dapat meja warna pink ni.

So, korang pun jangan lupa untuk sentiasa menghargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.