Sinar Harian ungguli Anugerah Media SPRM

LocalPolitics
17 Apr 2026 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sinar Harian ungguli Anugerah Media SPRM
Azam (tengah) bersama Zamri (dua dari kanan) dan pemenang Anugerah Media SPRM 2026, Muhammad Hafiz (kanan) dan Muhammad Afham (dua dari kiri) pada Majlis Anugerah Media SPRM Kali ke-6 di Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Sinar Harian ungguli Anugerah Media SPRM
Muhammad Afham (kiri) menerima anugerah tempat pertama kategori Penerbitan Artikel Terbaik. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID
Image from: Sinar Harian ungguli Anugerah Media SPRM
Muhammad Hafiz (kiri) menerima anugerah tempat pertama kategori Kandungan Media Sosial Terbaik. Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Sinar Harian mengungguli Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali keenam apabila menang tempat pertama kategori Penerbitan Artikel Terbaik dan Kandungan Media Sosial Terbaik pada Jumaat.

Karya berjudul '10 tahun bermaharajalela' oleh wartawan, Muhammad Afham Ramli dan video bertajuk 'Penjejak Bayangan' yang dihasilkan Muhammad Hafiz Adnan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000, trofi serta sijil penghargaan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Muhammad Afham menyifatkan kemenangannya itu merupakan satu penghargaan dalam menghasilkan karya berkualiti.

**media[3494788]**

"Ini adalan pengiktirafan berterusan SPRM kepada Sinar Harian dalam membuat laporan pemberitaan berkaitan anti rasuah.

"Komitmen ini menjadi suntikan semangat dalam menghasilkan artikel menarik kepada pembaca," katanya.

Bagi Muhammad Hafiz, pengiktirafan itu memberi kelegaan apabila sekali Sinar Harian mengekalkan kejuaraan bagi kategori sama untuk dua tahun berturut-turut.

**media[3494789]**

"Cabaran dalam menghasilkan video terbabit untuk tatapan pengikut Sinar Harian membuahkan hasil dengan kemenangan ini.

"Saya berasa sangat berbangga kerana sekali lagi dapat mengekalkan kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, penganugerahan itu amat bermakna dan menjadi inspirasi kepada karyawan di Sinar Harian untuk terus memaparkan berita-berita antirasuah terbaik.

Dalam anugerah itu, SPRM turut mempertandingkan kategori Audio Visual Terbaik yang dimenangi RTM.

Menurut Azam, penganugerahan itu amat penting sebagai satu platform untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Ia bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap usaha dan dedikasi rakan-rakan media, malah turut berperanan sebagai pemangkin kepada penghasilan laporan yang lebih berkualiti, beretika dan berimpak tinggi.

"Saya bagi pihak SPRM sesungguhnya amat menghargai usaha anda semua yang tidak kenal erti penat lelah dan putus asa dalam menyampaikan maklumat, meningkatkan kesedaran awam, serta membentuk persepsi masyarakat terhadap isu rasuah dan integriti," ucapnya.