Sindiket kartel perolehan RM9 juta libatkan kem TLDM: Tiga ditahan SPRM

18 Jan 2024 • 7:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu yang bertindak sebagai sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Johor.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 6 petang tadi.

Difahamkan, tangkapan ke atas ketiga-tiga individu tersebut dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM9 juta.

Pembayaran penuh telah dibuat walhal pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Sementara itu Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. - 18 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved