Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang: Dua Wartawan Ditahan, Pernah Berkhidmat Dalam ATM

LocalPolitics
15 Aug 2025 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan barang terlarang yang didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

image is not available 2025-08-14 10:40:12

Terima Rasuah Lebih RM3 Juta, 5 Pegawai ATM Ditangkap Dalang Sindiket Penyeludupan Barang Terlarang

Dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 10 individu telah dicekup dalam serbuan Ops Sohor tersebut termasuk lima pegawai kanan ATM dan dua wartawan agensi media dalam talian.

Wartawan pernah berkhimat dalam ATM

Menurut Berita Harian, kedua-dua wartawan berkenaan disahkan pernah berkhidmat dalam ATM namun sudah bersara dan bekerja sebagai wartawan di sebuah agensi media dalam talian.

Peranan kedua-duanya belum dapat dipastikan memandangkan siasatan SPRM masih berjalan.

Terdahulu, kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman.

Empat suspek lelaki direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini, dua lelaki dan seorang wanita direman lima hari sehingga 18 Ogos manakala dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia direman tiga hari sehingga hari ini.

image is not available

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, berkata sebahagian pegawai kanan yang ditahan itu adalah anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) dan tempat mereka sudah digantikan serta-merta.

Kita tiada kompromi dari segi operasi, kami boleh gantikan mereka dan (pegawai pengganti) teruskan tugas yang ditinggalkan. Tiada sebarang isu di lapangan.