Sindir Anthony Loke guna tahlil boleh semarakkan lagi api perkauman – AMANAH

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 9:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan amalan tahlil yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu tidak wajar dipermainkan atau dijadikan bahan sindiran serta alat politik.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Zuhir Wan Ghazali yang mendakwa tahlil bukan sebahagian daripada syariat Islam berpotensi mengguris perasaan orang Melayu.

Menurut beliau, walaupun amalan tahlil masih menjadi perbahasan dalam kalangan ilmuan Islam, kandungannya dipenuhi dengan bacaan al-Quran, selawat, zikir dan doa yang tidak bercanggah dengan syarak.

“Walaupun tahlil menjadi perdebatan di kalangan ilmuan Islam, amalan tersebut dipenuhi dengan bacaan ayat al-Quran, selawat, zikir dan doa yang kandungannya tidak bertentangan dengan syara’.
“Oleh itu, sama ada tahlil adalah syariat ataupun tidak, bukanlah tiket untuk mana-mana individu mempermainkannya sebagai alat politik atau menyindir mana-mana ahli politik..
“…terutama orang bukan Islam seolah-olah mereka juga mengamalkan amalan tahlil,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan sedemikian hanya akan menyemarakkan sentimen perkauman kerana amalan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi yang berkait dengan Islam, tidak sepatutnya dijadikan bahan ejekan atau sindiran terhadap orang bukan Melayu.

Image from: Sindir Anthony Loke guna tahlil boleh semarakkan lagi api perkauman – AMANAH

Foto arkib: Utusan

Dalam pada itu, Faiz turut mempersoalkan sikap PAS yang didakwanya berdiam diri terhadap kenyataan berkenaan walaupun sering membawa naratif penyatuan umat dan dakwaan kononnya Islam berada dalam keadaan terancam.

Menurutnya, demi kepentingan politik, PAS dilihat tidak lagi lantang bersuara dalam beberapa isu berkaitan Islam seperti yang pernah berlaku ketika jumlah cabutan khas judi dinaikkan daripada lapan kepada 22 kali setahun semasa Perikatan Nasional mentadbir kerajaan.

“Adalah malang dalam suasana politik hari ini apabila gelombang penyatuan umat cuba memesong pemikiran orang Melayu kononnya Islam terancam, tetapi PAS membisu berkaitan kenyataan Exco Pemuda UMNO tersebut.
“Seharusnya, Exco Pemuda UMNO tersebut menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf di atas keterlanjuran kenyataan-kenyataan beliau berhubung amalan tahlil ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu hantaran di platform Threads dimuat naik oleh pemilik akaun wan.zuhir yang dipercayai milik Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Wan Ghazali.

Image from: Sindir Anthony Loke guna tahlil boleh semarakkan lagi api perkauman – AMANAH

Foto: Media sosial

Hantaran itu menyebut kononnya diadakan “majlis bacaan tahlil atas pemakaman Loke di Chennah”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: Facebook Muhammad Faiz Fadzil

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved