Singapura pamer pesawat tempur paling canggih F-15SG pada LIMA 2025

16 May 2025 • 10:15 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Singapura pamer pesawat tempur paling canggih F-15SG pada LIMA 2025

image is not available

16/05/2025 - 10:15

F-15SG merupakan pesawat tempur paling canggih di Asia Tenggara. Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 16 Mei - Pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA' 25) berpeluang untuk menyaksikan pesawat tempur paling berkuasa di rantau ini menerusi penyertaan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Singapura menghantar pesawat F-15SG yang mana republik tersebut merupakan negara pengguna kelima keluarga Eagle di luar Amerika Syarikat (AS) selain Israel, Jepun, Arab Saudi dan Korea.

Pesawat F-15SG ini akan dipamerkan bersama lain-lain aset negara jiran itu seperti helikopter tempur AH-64D Apache dan CH-47D Chinook.

Ini penyertaan kali kedua F-15SG selepas kali pertama dipertontonkan kepada umum di luar Singapura semasa LIMA 2017 lalu.

image is not available
Pesawat F-15SG.

Kesudian Singapura menghantar pesawat tempur pelbagai peranan generasi termaju ini juga menunjukkan komitmen negara jiran di selatan pada LIMA.

Ini juga sebagai membalas penyertaan TUDM semasa Singapore Airshow tahun lalu apabila menghantar pesawat Sukhoi SU-30MKM.

RSAF yang merupakan kuasa udara di rantau ini sepertimana diketahui mempunyai pesawat pejuang paling banyak dengan teknologi yang canggih.

Singapura membeli 24 buah pesawat F-15G daripada AS pada 2005, namun ini adalah angka yang didedahkan kepada umum kerana dipercayai jumlahnya adalah lebih banyak.

Ini kerana terdapat sejumlah pesawat F-15G ditempatkan di Amerika Syarikat bagi tujuan latihan.

image is not available

image is not available

Kehadiran F-15G RSAF juga memberi peluang kepada orang ramai khususnya para peminat teknologi avionik selain anggota tentera untuk melihat lebih dekat pesawat tempur canggih ini.

Di atas kertas, F-15G disifatkan sebagai lebih hebat selepas Sukhoi SU-30MKM milik Malaysia, Myanmar (Sukhoi SU-30SM) dan Vietnam (Sukhoi SU-30MK2).

Ini berdasarkan teknologi terkini yang dimiliki pada pesawat.

Bagaimana pun, kelebihan pada Sukhoi ialah mempunyai jarak tempur yang lebih jauh, bermaksud pesawat boleh beroperasi melangkaui pangkalannya.

Menariknya juga pada edisi LIMA 2025, TUDM memperkenalkan corak baharu pada sebuah pesawat Sukhoi SU-30MKM dengan membawa gelaran istimewa iaitu 'Toruk Makto'.

image is not available

Rekaan corak baharu Jalur Gemilang pada badan pesawat itu diilhamkan daripada makhluk legenda dalam filem Avatar, dikenali sebagai Toruk atau 'The Last Shadow'.

Dalam filem fiksyen tersebut gelaran Toruk Makto diberikan kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan mampu menunggang makhluk berkenaan.

Dalam dunia nyata pula, juruterbang Sukhoi SU-30MKM mencerminkan semangat yang sama.

Ini kerana pesawat teknologi generasi 4.5 itu memiliki keupayaan supermanuver dan senjata canggih yang bukan sekadar mesin perang, tetapi 'makhluk besi' yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

Turut dinantikan ialah penampilan pesawat F/A-18D Hornet ‘Pikachu’ TUDM kerana mempunyai warna tema seperti watak animasi popular dari Jepun itu.

image is not available
Corak istimewa Sukhoi SU-30MKM TUDM pada LIMA 2025.

image is not available

Skim warna kuning berkenaan pula dibuat sempena ulang tahun ke-25 perkhidmatan pesawat berkenaan dalam TUDMm

Walaupun berusia tetapi pesawat ini telah melalui proses penyelenggaraan ‘depot level’ dikenali sebagai ‘Local Planned Maintenance 12 Years’ (LPM-12Y) pada 2023.

Ini telah menjadikan pesawat tersebut seperti baharu kerana dilengkapi dengan pelbagai senjata canggih.

Pada LIMA 2025 kali ini, sebanyak 102 pesawat t dari pelbagai negara akan dipamerkan kepada pengunjung bermula 20 hingga 24 Mei depan.

image is not available
Hornet Pikachu.

image is not available

Daripada jumlah tersebut, 64 buah akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara, melibatkan aksi aerobatik, pertunjukan solo serta acara pembukaan utama termasuk lintas hormat udara.

Antaranya helikopter S-70i Black Hawk milik Tentera Udara Diraja Brunei, Airbus A400M (Jerman), pesawat rondaan maritim P-72A (Itali) dan Lockheed CP-140 (Kanada).

image is not available
Pesawat Ilyushin IL-76.

image is not available
A400M milik Jerman.

image is not available
Pesawat Grumman C-2 Greyhound.

Rusia pula menghantar pesawat pengangkut gergasinya, Ilyushin IL-76 manakala India mempamerkan pesawat Dornier 228.

Tidak ketinggalan Amerika Syarikat yang menampilkan pesawat F/A-18 E/F Super Hornet, Grumman C-2 Greyhound, C-12 Huron, C-130J Hercules dan helikopter MH-60 Seahawk. - DagangNews.com

standard