Singapura: Seorang hilang dalam kejadian dua bot persiaran berlanggar

2 Mar 2024 • 10:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SINGAPURA: Seorang mangsa dilaporkan hilang selepas dua bot persiaran bertembung di Pulau Hantu di Singapura kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada Sabtu.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.

“MPA telah mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.

MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di sekitar kawasan itu untuk memantau sekiranya terdapat mangsa ditemukan. - Bernama