'Single mother of 7, terima kasih kenangan 18 tahun ini'- Hantaran & profail Instagram Rebecca Nur Al Islam undang tanda tanya

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 10:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HANTARAN Instagram pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, menjadi perhatian warga maya selepas memuat naik hantaran terbaharunya.

Berkongsi foto suaminya, Datuk Norazam Sulaiman, pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 itu berkongsi kapsyen yang menimbulkan tanda tanya.

"18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.

"Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini.

"Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik Perancang," kongsinya.   

image is not available

Sementara itu, pada ruangan profail laman sosial milik Rebecca pula tertulis 'single mother of 7' yang memberikan bayangan sebagai ibu tunggal.

Ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri pertanyaan daripada para peminat. Rata-rata memberikan semangat dan kata-kata positif kepada Rebecca.

image is not available

"Keep strong mummy. ALLAH sentiasa bersamamu," coret Amanda Abdullah.

"Kat profail dah tukar. Semoga sis tabah menghadapi ujian ini. Hugs Becca," tulis Suri Kayangan.

"Kalian pasangan yang sangat penyayang, seperti yang saya kenal," titip Nursyuhaida86.

"Bertabahlah Datin. Kalian tampak begitu bahagia bersama… tetapi kenapa begini…," kongsi Mak Chic Leha.

image is not available

Sekadar info, Rebecca berkahwin dengan Datuk Norazam yang merupakan peguam dan ahli perniagaan pada 14 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan sembilan orang anak yang mana lima daripadanya merupakan anak kandung, dua orang anak tiri dan dua orang anak angkat.

Sumber: Instagram