Sipi lagi nak podium! Taufiq Johari bangga dengan pencapaian Hakim Danish – “Malaysia Boleh!”

1 Nov 2026 • 9:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menzahirkan rasa bangga terhadap persembahan pelumba muda Moto3 negara, Hakim Danish Ramli meskipun terlepas peluang menaiki podium pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Mohammed Taufiq berkata, beliau yakin pelumba kelahiran Terengganu itu sudah memberikan segala-galanya selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, hanya 0.226 saat di belakang pelumba tempat ketiga.

“Tempat ke-4, 0.226 saat dari podium.
“Sipi tapi saya cukup yakin Hakim Danish dah beri segalanya di depan penyokong sendiri hari ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Image from: Sipi lagi nak podium! Taufiq Johari bangga dengan pencapaian Hakim Danish – “Malaysia Boleh!”

Dalam masa sama, beliau turut menitipkan pesanan supaya Hakim Danish tidak berputus asa dan terus memberikan tumpuan terhadap perlumbaan seterusnya di Qatar pada minggu hadapan.

“Terus semangat, jangan putus asa. Jaga solat, jaga diri dan teruskan usaha. Qatar minggu depan, insya Allah rezeki itu akan sampai.
“Terima kasih Hakim Danish. Malaysia Boleh!” katanya lagi.

Image from: Sipi lagi nak podium! Taufiq Johari bangga dengan pencapaian Hakim Danish – “Malaysia Boleh!”

Terdahulu, Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi memulakan perlumbaan dari petak ketiga sebelum mempamerkan aksi kompetitif dengan memberikan saingan sengit kepada pelumba kelompok hadapan.

Pelumba negara itu sempat melonjak ke kedudukan kedua ketika berbaki empat pusingan, namun persaingan sengit menyaksikan kedudukannya berubah beberapa kali.

Pada pusingan terakhir, Hakim Danish berjaya kembali ke tempat ketiga sebelum dipintas Alvaro Carpe dari Red Bull KTM Ajo di selekoh terakhir, sekali gus menyaksikannya terlepas peluang meraih podium di laman sendiri.

Hakim Danish mengibarkan Jalur Gemilang selepas pada aksi Moto3 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang hari ini.  - Foto Bernama

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Sepanyol, Maximo Quiles dari CFMOTO Gaviota Aspar Team, diikuti pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama dari Honda Team Asia di tempat kedua dan Carpe di kedudukan ketiga.

Image from: Sipi lagi nak podium! Taufiq Johari bangga dengan pencapaian Hakim Danish – “Malaysia Boleh!”

Kredit Foto: ZK Racing

Hakim Danish menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 4.410 saat di belakang Quiles, sekali gus mengumpul 116 mata untuk menduduki tangga kesembilan dalam kedudukan kejuaraan dunia Moto3.

Sumber: Threads Taufiq Johari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved