Sipitang perlu kompleks kesihatan moden, canggih

LocalHealth & Fitness
16 Aug 2025 • 10:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah mencadangkan sebuah Kompleks Kesihatan moden dan canggih perlu diwujudkan di daerah Sipitang bagi memenuhi keperluan lebih 35,000 penduduknya. Sehubungan itu, beliau berharap cadangan berkenaan dapat dijadikan sebagai salah satu projek utama dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Katanya, ia penting dengan mengambil kira keluasan daerah Sipitang yang merangkumi 2,437 kilometer persegi, iaitu menyamai keluasan Negeri Melaka.

“Saya berharap agar cadangan saya ini diberi pertimbangan serius, sejajar usaha menaik taraf Hospital Sipitang sebagai hospital berpakar pada masa akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini juga selari dengan kedudukan geostrategik Sipitang yang bersempadan dengan Labuan dan Sarawak, serta laluan antarabangsa Negara Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia,” katanya.