Sir Uzairi Sah Bergelar Suami Kepada Aina Adleen Dengan Sekali Lafaz

26 Jul 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi Taib sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Aina Adleen dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sir Uzairi atau nama sebenarnya Uzairi Mohd Taib menerusi siaran langsung di platform TikTok.

Dalam siaran tersebut, Sir Uzairi dilihat mengenakan persalinan baju Melayu putih lengkap dengan songkok dan sampin manakala isterinya kelihatan anggun dalam busana putih dan bertudung duduk di sisi ibu serta neneknya di atas pelamin.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri dengan mas kahwin berjumlah RM300.

Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan sejak tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved