Siri ASUS Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED Dengan Intel Meteor Lake Kini Ditawarkan Pada Harga RM4399

TechnologyDigital
18 Apr 2024 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan komputer riba ASUS Vivobook S 16 OLED dan ASUS Vivobook S 14 OLED yang dikuasakan cip pemprosesan Intel generasi ke-14 Meteor Lake terbaru mereka.

image is not available

Kedua-dua komputer riba ini tampil dengan paparan skrin OLED ASUS Lumina bersaiz 16 dan 14 inci dengan resolusi sehingga 3.2K (3200×2000) dengan nisbah paparan 16:10, kadar segar semula 120Hz dan nilai kecerahan maksima 600 nit dan boleh mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3.

image is not available

Dari segi pilihan CPU, untuk pasaran Malaysia ia dilihat bahawa komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core Ultra 5 dan Core Ultra 7 dengan memori sebanyak 16GB dan juga storan dalaman sebesar 512GB terbina.

image is not available

Rekaan peranti juga merupakan salah satu aspek yang diberikan penekanan menyeluruh pada ASUS Vivobook S 16 OLED dan Vivobook S 14 OLED. Kedua-dua komputer riba ini juga tampil dengan rekaan senipis 1.39cm, dimana model Vivobook S 16 OLED mempunyai berat 1.5KG manakala Vivobook S 14 OLED mempunyai berat 1.3KG.

image is not available

Dari segi pilihan palam, Vivobook S 16 OLED dimuatkan dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD. Untuk model Vivobook S 14 OLED pula, ia dilengkapi dengan satu palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-A, satu palam USB 2.0 dan satu palam HDMI 1.4.

image is not available

image is not available

Komputer riba ini akan mula dijual pada 29 April melalui ASUS Store Malaysia dan juga pengedar-pengedar rasmi kelengkapan ASUS pada harga permulaan RM4699 untuk ASUS Vivobook S 16 OLED dan RM4399 untuk ASUS Vivobook S 14 OLED.