Asus Vivobook S 14 & S 16 Malaysia: Skrin OLED, keyboard RGB, Intel Core Ultra bermula RM4,399

Digital
18 Apr 2024 • 2:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus Malaysia hari ini mengumumkan dua laptop terbaharu dalam siri Vivobook S. Sebanyak dua varian boleh dipilih pengguna iaitu Vivobook S 14 dan Vivobbok S16. Ia menerima kemas kini pada segi cip pemproses, panel paparan, dan sedikit naik taraf pada bahagian pad sesentuh.

Harga Asus Vivobook S 14 & S 16 OLED di Malaysia

Vivobook S 14 dan Vivobook S 16 akan mula dijual di Malaysia pada 29 April 2024 ini pada harga masing-masing bermula RM4,399 dan RM4,699 bergantung kepada konfigurasi cip pemproses.

image is not available

Bermula hari jualan sehingga 19 May, setiap pembelian laptop ini akan diseertakan sekali hadia Sony SRS-XB100 Portable Wireless Speaker bernilai RM259.

image is not available

Untuk Vivobook S 16, varian paling tinggi iaitu yang ada RAM 16GB LPDDR5X beserta storan 1TB akan dijual di kemudian hari, sebelum Julai 2024.

Spesifikasi Asus Vivobook S 14 & S 16 OLED

Vivobook S 14 dan S 16 OLED adalah dua laptop yang mirip, bezanya adalah pada saiz skrin. S14 menggunakan panel paparan OLED 14" WUXGA (1920 x 1200) dengan kadar segar semula 60Hz sementara S16 dilengkapi panel OLED 3.2K berkadar segar semula 120Hz.

image is not available

Salah satu perkara menarik laptop ini adalah ia adalah antara produk Asus pertama yang ada kekunci Windows Co-Pilot.

image is not available

Tambah menarik, papan kekunci laptop ini ada lampu latar RGB yang berikannya tampak seperti sebuah laptop gaming.

image is not available
Young Handsome Man Working from Home on Laptop Computer with Green Screen Mock Up Display. Creative Male Checking Social Media, Browsing Internet. Living Room in Bright Loft Apartment.; Shutterstock ID 2193418333; purchase_order: Scenario photo briefing M5406_M5506_M5606 / S5406_S5506_S5606 ; job: Scenario photo briefing M5406_M5506_M5606 / S5406_S5506_S5606 ; client: ASUS; other: Scenario photo briefing M5406_M5506_M5606 / S5406_S5506_S5606

Atas papan utama, Vivobook S 14 & S 16 diperkasa Intel Core Ultra 5 125H ataupun Intel Core Ultra 7 155H. Cip tersebut digandingkan bersama RAM 16GB dan storan 512GB.

Mempunyai jisim 1.5kg, Asus katakan yang varian 16" mereka adalah laptop paling ringan di Malaysia dalam kelasnya. Varian 14" pula dilaporkan mempunyai berat 1.3kg. Walaupun ringan, kedua-dua laptop ini melepas piawiaan ketenteraan untuk beri jaminan tahan lasak padanya.

image is not available

Sistem bateri berkapasiti 75Whr membekalkan tenaga pada laptop ini dan ia dicas melalui port USB-C yang disediakan. Bercakap tentang port USB-C, kelengkapan penyambungan yang disediakan adalah baik.

image is not available

image is not available

Anda terima dua port USB-C yang menyokokng USB4, 2 USB-A, 1 HDMI bersaiz penuh, pembaca kat mikro-SD dan jek audio 3.5mm.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.