Siri Google Pixel 11 Akan Mempunyai Lampu Belakang Seperti Nothing

TechnologyDigital
16 Jul 2026 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Google Pixel 11 akan dilancarkan awal bulan Ogos depan dan sebagai cara mempromosikan peranti terkini mereka, laman rasmi Made by Google memaparkan sebuah video baharu. Dalam video pendek tersebut, dapat dilihat lampu di dalam bonggol kamera siri Pixel 11 menyala dengan pelbagai warna.

Image from: Siri Google Pixel 11 Akan Mempunyai Lampu Belakang Seperti Nothing

Ini mungkin adalah ciri Pixel Glow yang didengari sejak beberapa minggu lalu. Lampu ini berada d kedudukan yang sama seperti lampu flash pada kamera Pixel terdahulu. Ia mempunyai animasi begerak yang mengingatkan kami kepada sistem Glyph pada peranti Nothing.

Besar kemungkinan Pixel Glow akan menyala apabila Gemini sedang digunakan. Ia juga mungkin indikator Gemini mendengar apabila Pixel 11 diletakkan dengan skrin ke bawah di atas meja. Semua ini masih sekadar spekulasi sahaja. Yang sudah pasti ialah siri Pixel 11 mempunyai rekaan sama seperti siri Pixel 10 tahun lalu serta akan dipertingkat dengan cip Tensor G6 yang lebih berkuasa.

Sumber – 9to5Google

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved