Rekaan Google Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold

TechnologyDigital
14 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold akan dilancarkan pada 12 Ogos hadapan. Tetapi walaupun acara akan berlaku dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, beberapa imej promosi rasmi peranti ketiga-tiga peranti ini telah tertiris awal menerusi laman Amazon menurut laporan 9to5Google.

image is not available

Seperti yang telah dijangka, tiada perubahan besar dilakukan pada rekaan Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold. Masih mengekalkan rekaan sisi rata dengan satu palang kamera besar berbentuk bujuk di bahagian belakang. Tiga kamera diletakkan di dalam bonggol kamera ini. Perubahan dapat dilihat hanya pada lensa telefoto yang kini menggunakan sensor bulat dan bukan empat segi seperti pada siri Pixel 10.

image is not available

Sekali lagi pada Pixel 11 Pro Fold juga masih lagi sama. Oleh itu peningkatan hanya berlaku pada cip Tensor G6 yang dikatakan lebih berkuasa serta dibangunkan menggunakan teknologi 2nm. Maklumat lebih terperinci mengenai bateri, saiz sensor kamera dan sistem pengecasan hanya akan diketahui pasca pelancarannya kelak.

image is not available
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved