Siri Google Pixel 9 Hanya Dijual Di Malaysia dan Singapura Di Asia Tenggara

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini ialah hari yang menggembirakan bagi mereka yang menggelar diri sebagai “Team Pixel” kerana siri Pixel 9 dlancarkan secara rasmi di Malaysia. Hanya Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL sahaja memasuki pasaran Malaysia dengan Pixel 9 Pro Fold tidak akan dijual secara rasmi.

image is not available

Di rantau Asia Tenggara, peranti Pixel 9 hanya dilancarkan di Malaysia dan Singapura sahaja. Antara sebab yang diberikan ialah ia dilihat sebagai komitmen untuk pasaran Malaysia dengan Google baru sahaja mengumumkan pembukaan pusat data Google Cloud bernilai $2 bilion baru-baru ini.

Malaysia menjadi negara baharu pertama di Asia Tenggara peranti Pixel dijual selepas Singapura. Selama ini peminat Pixel perlu berkelana ke Singapura untuk membeli peranti yang diinginkan. Tahun ini jiran tetangga mempunyai pilihan dua negara. Selain telefon pintar Pixel, Google Watch 3 dan Google Buds Pro 2 juga dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Ini juga adalah kali pertama ia dilakukan di Malaysia.