Lagi Pusat Pengedar Kereta smart di JB

LocalCars
14 Aug 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

smart Malaysia bakal membuka pusat pengedar kedua di Johor Bahru pada suku keempat tahun ini.

Fasiliti itu dapat meningkatkan akses lagi kenderaan elektrik (EV) di wilayah selatan yang kini sedang pesat membangun.

Pusat pengedar akan dikendalikan oleh Kumpulan Syarikat AG yang kini secara rasmi dikenali sebagai smart Johor Bahru 2. Ia terletak di terletak di 17 &18, Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hanna, 80250 Johor Bahru.

Dengan keluasan 230 meter persegi, ia dilengkapi dengan ruang untuk tiga unit pameran dan juga ruang penghantaran.

Selain smart Johor Bahru 2, smart Malaysia kini mempunyai 13 pengedar yang dilantik dengan 14 outlet, di mana 12 daripadanya telah beroperasi.

Berikut adalah hab smart:

image is not available

image is not available

Menjelang pembukaan bilik pameran, AG Autoworld (EV) turut menjemput anda ke roadshow BRABUS Fever yang sudah pun berlangsung di Aeon Tebrau City Mall.

image is not availableimage is not available

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran eksklusif BRABUS Fever dan promosi istimewa, dengan diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web: https://my.smart.com/#.