Siri Google Pixel 9 Mula Menerima Kemaskini Android 15

TechnologyDigital
16 Oct 2024 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL mula menerima kemas kini Android 15 pagi ini. Ini ialah versi sistem operasi yang paling terkini dengan ia membawakan beberapa penambahbaikan yang menarik. Dari segi antaramuka, ia tidak banyak berbeza dengan Android 14 tetapi menawarkan pelbagai ciri keselamatan serta sekuriti yang telah laman diperlukan.

image is not available

Sebagai contohnya ialah ciri Theft Detection Lock yang mengesan peranti telah diragut oleh pencuri. Ia secara automatik akan mengunci peranti mengelakkan maklumat peribadi dilihat oleh si pencuri. Ia juga mengelakkan pencuri mematikan eSIM dan sistem penjejakan Find My Device.

image is not available

Seterusnya ruang peribadi boleh diaktifkan. Aplikasi boleh dikunci bagi mengelakkan ia digunakan oleh orang selain anda. Album gambar, aplikasi media sosial dan aplikasi perbankan boleh ditetapkan supaya boleh dibuka selepas imbasan biometri sahaja sekiranya ciri ini diaktifkan. Di Malaysia kemas kini boleh dilakukan secara OTA pada peranti siri Pixel 9 dengan saiz muat turun ialah sebesar 2.8GB.