Siri Honor 400 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
5 May 2025 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini mengesahkan bahawa siri 400 akan memasuki pasaran Malaysia. Lebih menarik apabila Malaysia menjadi antara negara terawal menerima peranti ini sekaligus mendahului China yang lazimnya mendapat akses lebih awal semasa pelancaran.

image is not available

Penggunaan istilah “siri” menandakan bahawa lebih daripada satu model akan ditawarkan, yang berkemungkinan terdiri daripada versi standard dan pro. Selain itu, siri 400 dijangka menawarkan peningkatan ketara berbanding siri 200, yang sebelum ini pernah menjadi pilihan kami untuk nilai terbaik bagi kategori peranti pertengahan. Peranti ini juga dijangka memberi tumpuan utama kepada keupayaan kamera, menjadikannya lebih menarik bagi pengguna yang mengutamakan fotografi potret.

image is not available

Dalam perkembangan lain, rekaan peranti ini turut tertiris menerusi gambar tular yang memperlihatkan bonggol kamera menyerupai sebuah Pura70 tetapi dengan sedikit perubahan bagi memberikan sentuhan baharu. Maklumat lanjut hanya akan didedahkan pada 8 Mei 2025. Setakat ini, Honor telah menawarkan versi Lite di Malaysia pada harga RM1,299 sebuah.