Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

LocalTechnology
27 Apr 2026 • 7:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

HONOR secara rasmi melancarkan Siri HONOR 600 di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai pasaran pertama di dunia menerima peranti mercu mampu milik terbaharu tersebut. 

Image from: Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

Siri ini hadir dalam dua varian iaitu HONOR 600 Pro dan HONOR 600, dengan fokus kepada peningkatan prestasi premium, teknologi kamera berasaskan AI serta kapasiti bateri luar biasa besar. 

Pelancaran ini menandakan lonjakan besar bagi siri N, yang kini dinaik taraf daripada segmen pertengahan kepada prestasi setaraf mercu melalui integrasi perkakasan berkuasa tinggi dan inovasi AI terkini. 

Kedua-dua model menawarkan pengalaman penggunaan yang menyeluruh merangkumi fotografi, prestasi, paparan dan ketahanan.

Dari segi harga, HONOR 600 ditawarkan pada RM2,599 bagi varian 12GB RAM dan storan 512GB. 

Sementara itu, HONOR 600 Pro hadir dalam dua pilihan iaitu 12GB + 256GB pada harga RM3,099 dan 12GB + 512GB pada RM3,299. 

Peranti ini akan mula dijual secara rasmi bermula 30 April 2026 di HONOR Experience Store seluruh negara. 

Image from: Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

Bagi pengguna yang berminat, pratempahan dibuka sehingga 29 April 2026 dengan pelbagai ganjaran menarik. Pembeli HONOR 600 Pro akan menerima rebat RM200 bersama hadiah percuma Fujifilm Instax Mini LiPlay+ serta perlindungan tambahan seperti waranti lanjutan dan perlindungan kerosakan cecair. 

Pembeli HONOR 600 pula akan menerima jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch 2 Epic bersama pakej perlindungan yang sama. 

Siri ini turut menampilkan sistem kamera yang menjadi antara tarikan utama. Kedua-dua model dilengkapi kamera utama 200MP dengan sensor besar 1/1.4 inci. 

HONOR 600 Pro menambah kelebihan dengan lensa telefoto 50MP yang menyokong zum sehingga 120x serta penstabilan imej CIPA 6.5, manakala model standard menawarkan zum sehingga 30x. 

Teknologi Night Engine turut disertakan bagi memastikan kualiti gambar kekal jelas dalam keadaan cahaya rendah.

Image from: Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

Selain itu, HONOR memperkenalkan teknologi AI Image to Video 2.0 yang membolehkan pengguna menukar imej kepada video pendek berkualiti tinggi menggunakan arahan bahasa semula jadi. Ciri ini menyokong gabungan sehingga tiga imej serta menawarkan pelbagai templat sinematik, menjadikannya antara inovasi AI paling menonjol dalam peranti mudah alih masa kini. 

Daripada aspek prestasi, HONOR 600 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang menawarkan peningkatan ketara dari segi CPU dan GPU, sesuai untuk tugasan berat serta multitugas. 

HONOR 600 pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 yang memberikan prestasi lancar untuk penggunaan harian dan permainan mudah alih. 

Paparan juga dipertingkatkan dengan skrin 6.57 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 8,000 nits. Ini memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang. Teknologi keselesaan mata seperti PWM 3,840Hz turut disertakan bagi mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan berpanjangan. 

Satu lagi kelebihan utama ialah bateri 7,000mAh yang besar, menyokong pengecasan pantas 80W dan pengecasan berbalik 27W. 

Model Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar 50W. Dari segi ketahanan, kedua-dua model hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, serta pensijilan SGS 5 bintang untuk ketahanan jatuhan dan remukan. 

Siri HONOR 600 ditawarkan dalam pilihan warna jingga,putih keemasan dan hitam. Ia boleh didapati melalui kedai dalam talian HONOR, HONOR Experience Store, serta platform e-dagang terkemuka, selain rangkaian pengedar sah di seluruh negara

Dengan gabungan teknologi AI, prestasi mercu dan harga yang kompetitif, Siri HONOR 600 dilihat berpotensi menjadi antara pilihan utama dalam segmen mercu mampu milik di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/. - Getaran, 27 April 2026

Foto : HONOR Malaysia