Siri Honor 80 Tidak Akan Dijual Di Malaysia

TechnologyDigital
23 Nov 2022 • 7:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor hari ini turut melancarkan peranti siri Honor 80. Di bawahnya terdapat tiga peranti iaitu Honor 80 Pro, Honor 80 dan Honor 80 SE. Beberapa bulan lalu, pernah kami melaporkan yang Honor berhasrat untuk menawarkan peranti berkuasa dan peranti kelas pertengahan premium pada harga yang lebih mampu milik.

image is not available

Di China, Honor 80 Pro dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, skrin OLED 6.78″ resolusi 1.5K 120Hz, kamera 160MP dan bateri 4800mAh bersama pengecasan pantas Honor SuperCharger 66W dijual pada harga bermula sekitar RM2,236. Sementara Honor 80 dengan cip Snapdragon 782G yang baru dilancarkan yang menggunakan skrin 6.67″ FHD+ 120Hz, dan binaan premium boleh didapatkan pada harga bermula sekitar RM1,724.

image is not available

Dukacita dimaklumkan, menurut wakil Honor Malaysia – peranti ini tidak akan di bawah masuk ke pasaran Malaysia. Mereka akan melangkau ketiga-tiga model baharu ini seperti mana mereka melangkau siri Honor 60. Akan tetapi, mereka menyatakan siri Honor 90 yang mungkin akan dilancarkan pada tahun hadapan akan ditawarkan ke pasaran Malaysia.