Siri HONOR Magic5 – Dengan Capaian 5G Laju Untuk Semua Perkara

TechnologyDigital
13 Jun 2023 • 2:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

  • Info
  • Teks Asal – Nur Farah Izzati

Seiring dengan teknologi yang semakin berkembang pesat ini, teknologi komunikasi telah membawa kita ke era 5G yang menawarkan kelajuan internet yang lebih baik dan ia dilihat dapat menaik taraf produktiviti harian kita sebagai pengguna. Dengan rangkaian 5G yang lebih baik ini, ia akan memberi kesan yang signifikan terhadap pelbagai sektor dan bakal menjadikan negara ini lebih maju dan membangun. 

Dari pandangan sebagai pengguna telefon pintar mudah alih pula, rangkaian 5G memberikan kelebihan dari segi kelajuan ketika memuat turun atau memuat naik kandungan, bermain media sosial atau bermain permua. Ini menunjukkan bahawa peranti yang menyokong rangkaian 5G mempunyai potensi untuk memberi perubahan pada cara kita berkomunikasi, berhubung dan berinteraksi dalam era digital.

image is not available

Namun, kekurangan peranti yang menyokong rangkaian 5G dengan baik di pasaran membuatkan HONOR mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan siri HONOR Magic5 yang merangkumi HONOR Magic5 dan HONOR Magic5. Kami di Amanz turut mengambil peluang untuk menjalankan ujian prestasi terhadap HONOR Magic5 Pro.

Mengapakah Kita Memerlukan Peranti 5G?

Diakui bahawa ramai menantikan rangkaian 5G untuk dimanfaatkan sepenuhnya di Malaysia. Manakan tidak, ia membawa banyak kelebihan yang mampu meningkatkan pengalaman penggunaan peranti mudah alih anda.

image is not available

Kewujudan peranti 5G memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati kelajuan internet yang 100 kali lebih laju berbanding rangkaian 4G sedia ada. Kelebihan ini membolehkan anda untuk muat turun lebih pantas dan menjanjikan pengalaman penstriman video atau bermain permua yang lebih lancar.

Selain itu, masa pendam untuk peranti 5G juga lebih rendah dan ini membolehkan masa komunikasi dan tindak balas yang hampir serta merta. Bayangkan jika penggunaan rangkaian 5G di Malaysia semakin meluas, maka kadar produktiviti akan semakin meningkat.

image is not available

Oleh sebab itu, rangkaian 5G amat penting pada zaman teknologi yang serba canggih ini kerana manusia bergantung sepenuhnya pada rangkaian ini untuk berkomunikasi, menyampaikan maklumat dan membantu produktiviti harian menjadi lebih baik. 

Cip Frekuensi Radio C1 Pada HONOR Magic5 Pro

Sebagai sebuah syarikat telefon pintar yang terkenal, HONOR hadir dengan siri peranti HONOR Magic5 yang menawarkan prestasi memuaskan untuk sokongan internet 5G setakat ini. Ia berikutan dengan langkah HONOR yang telah melakukan penambahbaikan kepada cip frekuensi radio (RF) C1 mereka, bertujuan untuk memberikan sambungan rangkaian 5G yang lebih baik menerusi HONOR Magic5 Pro.

image is not available

Secara ringkasnya cip HONOR C1 RF ini merupakan cip yang mampu meningkatkan prestasi rangkaian 5G anda walaupun anda berada di kawasan rangkaian 5G yang kurang stabil seperti di LRT dan MRT. Dengan cip ini, membolehkan anda untuk membuat panggilan suara, menonton video atau bermain media sosial dengan lebih lancar tanpa sekatan.

Siri HONOR Magic5 Turut Dilengkapi Dengan Antena Kendiri

Siri HONOR Magic5 merupakan peranti yang dikuasakan dengan antena kendiri Wi-Fi dan Bluetooth. Reka bentuk antena seperti ini adalah bertujuan memisahkan isyarat Wi-Fi dan Bluetooth dalam peranti. Tidak seperti antena tradisional yang berkongsi antena untuk fungsi Bluetooth dan Wi-Fi, pendekatan inovatif ini dapat mempertingkatkan prestasi kelajuan Wi-Fi sebanyak 200% dan mengurangkan masa pendam sebanyak 30% dari sebelumnya.

image is not available

Bagi memberi nilai tambah kepada pengalaman 5G yang sedia lancar, antena kendiri pada siri HONOR Magic5 ini membolehkan anda untuk memuat turun video pada kelajuan rangkaian 5G yang lebih tinggi sambil memakai fon telinga nirwayar. Dengan ini anda akan dapat menikmati pengalaman audio dan video yang lebih selaras dan lancar walaupun anda menggunakannya secara serentak.

Ujian Amanz Menggunakan Siri HONOR Magic5

Tidak disangkal lagi, HONOR telah melakukan yang terbaik dalam memasarkan peranti terbaru mereka di pasaran global. Namun, untuk mengetahui kemampuannya yang sebenar, kami di Amanz telah melakukan ujian untuk menguji tahap capaian internet 5G dengan menggunakan peranti HONOR Magic5 Pro.

image is not available

Sebelum melakukan ujian ini, kami telah menguji kepantasan internet menggunakan platform pengendali ujian kepantasan internet, Ookla. Hasil dari semakan ini, kami dapati rangkaian internet 5G mencapai kelajuan sehingga 966Mbps.

image is not available

Dimulakan dengan menguji tahap kemampuan telefon pintar ini dalam mencapai rangkaian 5G di kawasan yang mempunyai capaian isyarat rendah, kami memilih ruang bawah tanah di medan selera Lot 10, Bukit Bintang. Kami telah melakukan penstriman video di YouTube dan kami dapati video yang dimainkan berjalan lancar tanpa sekatan walaupun kami telah melangkau ke beberapa bahagian. Seterusnya, kami juga membuat panggilan video dan hasil dapatan kami, panggilan dapat dibuat tanpa gangguan internet manakala audio pula seiring dengan pergerakan mulut, sama seperti jika membuat panggilan di kawasan yang mempunyai capaian yang baik. 

Selain itu, kami juga mendapati bahawa bateri tetap bertahan lama walaupun kami telah melakukan penstriman video dan panggilan video dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana peranti ini mempunyai kapasiti bateri 5100 mAH dan mampu memberikan anda masa nyalaan skrin sehingga 10 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh bermain permua, menonton drama dan bermain media sosial tanpa perlu merisaukan peratus bateri anda.

image is not available

Seterusnya, kami juga telah membuat ujian di dalam pengangkutan yang bergerak seperti Monorel. Ujian yang kami lakukan adalah dengan memuat turun permua PUBG Mobile menggunakan data internet sambil mendengar lagu menerusi fon telinga nirwayar. Hasil dapatan kami adalah kelajuan internet semasa sesi memuat turun permua hanya memakan masa yang singkat manakala audio lagu pula berjalan lancar dimana transisi dari satu lagu ke lagu lain yang tiada sekatan dan kelantangan lagu juga jelas walaupun sambil memuat turun permua.

Di samping itu, kami juga dapat bermain permua dengan lebih lancar kerana adanya sistem MagicOs 7.1 yang memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Mata juga tidak berasa letih kerana paparan skrin peranti ini menyokong 2160Hz PWM Dimming yang membantu dalam melindungi mata anda terutamanya ketika melihat skrin pada waktu lama.

image is not available


Secara kesimpulannya, sekiranya anda mencari peranti yang boleh memberikan anda capaian internet 5G yang lebih laju dan lancar, tidak dinafikan lagi bahawa siri HONOR Magic5  sememangnya pilihan yang berbaloi. Ini adalah kerana capaiannya yang lebih kuat walaupun berada di lokasi yang tidak mempunyai rangkaian isyarat yang baik. Ini sekaligus membantu untuk meningkatkan lagi produktiviti harian anda. 

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan HONOR Magic5 Pro dengan harga RM4,299 sebuah dan menawarkan memori 12GB RAM serta 521GB untuk storan dalaman. Manakala untuk HONOR Magic5 pula, dijual pada harga RM3,499 dan menawarkan memori 12GB serta 256GB untuk storan dalaman. Harga yang ditawarkan ini boleh dikatakan lebih bersesuaian dengan orang yang mempunyai bajet tertentu ketika membeli peranti contohnya seperti golongan pelajar dan graduan baru.

image is not available

Selain itu, sebarang pembelian siri HONOR Magic5 membolehkan anda untuk menyertai pertandingan kerjasama HONOR dan Enrich untuk memenangi 7000 mata ganjaran. Dengan mata ganjaran ini, anda boleh menebus dan menggunakannya untuk mengakses Malaysia Airlines Golden Lounge atau menebus tiket penerbangan dalam negara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web HONOR Malaysia dengan klik pautan ini https://bit.ly/HONORXEnrich .

Penafian: Advertorial daripada HONOR