Siri Huawei Nova 13 Rasmi Dengan Kamera 50MP Dan Pengecasan 100W

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 12:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei telah menambah dua model baharu dalam siri Nova di China. Peranti yang dikenali sebagai Nova 13 dan Nova 13 Pro itu dilihat menawarkan imej baharu dengan kemasan lebih premium. Selain itu memberi tumpuan terhadap keupayaan kamera yang dipertingkatkan. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh kedua-dua peranti berkenaan.

image is not available
Huawei Nova 13 Pro

Huawei Nova 13 mempunyai skrin rata OLED 6.7-inci sementara itu Nova 13 Pro pula menggunakan skrin melengkung OLED 6.76-inci. Kedua-duanya juga menawarkan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Kelebihan pada Nova 13 Pro yang mempunyai teknologi 2160Hz PWM Dimming lebih tinggi berbanding 1440Hz pada versi standard bagi tujuan meminimumkan isu kerlipan.

image is not available
Huawei Nova 13

Tiada butiran mengenai cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan dalaman 1TB disertakan pada peranti. Selain turut menjalankan perisian HarmonyOS 4.2 dengan antara muka yang mesra pengguna dan sambungan lebih lancar merentasi ekosistem Huawei.

Dwi-kamera 50MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.2) ultra-lebar beserta kamera swafoto 60MP (f/2.4) digunakan pada peranti Nova 13. Kelebihan sekali lagi pada versi Pro yang dilengkapi kamera dengan bukaan apertur yang boleh diubah 50MP (f/1.4-f/4.0), 12MP telefoto dengan 3X optikal zum dan 8MP ultra lebar. Kamera swafoto pula sebesar 60MP yang diletakka dalam lubang kecil.

image is not available
HarmonyOS 4.2

Sistem kamera kedua-dua Nova 13 dan Nova 13 Pro dilengkapi OIS terbina. Selain turut menyokong teknologi Huawei’s Da Vinci Portrait Engine 2.0 bagi tujuan penghasilan semula imej dengan warna, tekstur dan kesan bokeh yang lebih baik. Ciri tambahan lain seperti AI Best Expression, AI Upscaling, AI Object Removal, dan AI Smart Cutout diyakini mampu meningkatkan estetika fotografi.

image is not available

Bateri adalah sejenis silikon-karbon sebesar 5000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 100W dan port USB-C. SIri baharu ini juga menyokong komunikasi satelit Beidou, termasuk keupayaan untuk menghantar mesej teks yang baik dalam persekitaran isyarat yang lemah atau sesak. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari di skrin, NFC dan pembesar suara stereo.

Nova 13 dijual di China bermula pada RMB2,699 (~RM1,642) (256GB), RMB 2,999(~RM1,824) (512GB) dan RMB 3,499 (~RM2,129) (1TB). Sementara itu model Pro berharga RMB 3,699 (~RM2,250) (256GB), RMB 3,999 (~RM2,433) (512GB) dan RMB 4,499 (~RM2,737) (1TB).