Siri Huawei Watch 4: Jam tangan pintar dengan ECG dan sokongan eSIM

Digital
6 Jul 2023 • 5:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei telah mengemas kini penawaran peranti boleh pakai mereka. Kali ini mereka memperkenalkan siri Huawei Watch 4 yang terdiri daripada:

  • Huawei Watch 4
  • Huawei Watch 4 Pro

Harga siri Huawei Watch 4 di Malaysia

Kedua-dua model jam dalam siri Huawei Watch 4 ini akan tersedia di pasaran tempatan bermula 15 Julai 2023. Berkenaan harga rasminya di Malaysia, Huawei Watch 4 dijual pada harga RM1,999, manakala Huawei Watch 4 Pro pada harga RM2,499.

Dalam masa yang sama, Huawei juga memberikan hadiah percuma berbentuk tali jam EasyFit2 yang bernilai RM169 dengan setiap pembelian mana-mana jam dalam siri Huawei Watch 4.

Spesifikasi Huawei Watch 4 & Huawei Watch 4 Pro

Kedua-dua variasi Huawei Watch 4 memiliki spesifikasi yang sama. Ciri yang memisahkan mereka salah satunya adalah dimensi jam tangan ini. Huawei Watch 4 memiliki diameter 46.2mm manakala Huawei Watch 4 Pro 47.6mm.

image is not available

Perbezaan dimenasi ini bermakna tali jam juga berbeza saiz dan pastinya akan memberi kesan pada rupa bila pemakai berlainan saiz lengan menyarungkannya.

Satu lagi perbezaan variasi Pro dengan yang bukan adalah materi badannya. Badan Huawei Watch 4 Pro diperbuat daripada materi titanium bergred aeroangkasa sedangkan yang bukan pro daripada besi kalis calar (stainless steel).

image is not available

Sungguhpun begitu, mereka mempunyai saiz skrin yang sama. Jam ini memperagakan panel paparan LTPO AMOLED sebesar 1.5" dengan resolusi 466p.

Berikut adalah senarai sensor yang hadir disekeliling jam tangan ini:

image is not available

Setakat ini, tak banyak jam tangan yang memiliki fungsi ECG dan diperakukan pihak berkuasa tempatan. Menggunakan ECG pemakai boleh memantau kesihatan jantung dan beroleh amaran awal sekiranya terdapatnya degupan jantung tidak normal.

image is not available

Selain menggunakan sentuhan, arahan kepada jam juga boleh diberikan melalaui dua butang yang berada di sisi badannya. Huawei Watch 4 menyokong eSIM dan pengguna boleh melakukan panggilan telefon melaluinya tanpa kehadiran telefon.

Daripada segi ketersambungan, Huawei Watch 4 menyokong Wi-FI 2.4Ghz dan juga Bluetooth 5.2 untuk membolehkan pengguna menerima notifikasi masuk hal-hal yang berlaku pada telefon mereka.

image is not available

Untuk pemakai yang suka bersukan air, Huawei Watch 4 kalis air sehingga 5 ATM ataupun 30 meter. Hal ini bermakna, ia boleh dibawa berenang tanpa takut risiko kemasukan air ke dalam badannya.

Pada sudut ketahanan bateri, Huawei Watch 4 dikatakan boleh memberikan khidmat selama 3 hari dalam keadaan biasa. Sekiranya perlu, mode penjimatan bateri ultra juga ada yang boleh memanjangkan hayat bateri sehingga 14 hari.

image is not available

Apabila perlu dicas, mengisi penuh bateri jam tangan ini memerlukan 60 minit. Mengisi 15 minit dikatakan boleh berikan waktu guna sehingga 1 hari.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.