Siri Komputer Riba Huawei MateBook Dengan CPU Baharu Memasuki Pasaran Tempatan Bermula 15 Julai

TechnologyDigital
6 Jul 2023 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada siri peranti Huawei Nova 11, Huawei Malaysia turut dilihat memperkenalkan siri tablet dan komputer riba Huawei MatePad dan Huawei MateBook terbaru mereka untuk pasaran tempatan sewaktu acara pelancaran mereka.

Beralih kepada penawaran komputer riba pula, Huawei Malaysia membawa masuk Huawei MateBook 16s dan Huawei MateBook D14, dua buah komputer riba produktiviti yang dibangunkan dengan keperluan yang sedikit berbeza dari satu sama lain.

image is not available

Bermula dengan Huawei MateBook 16s, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin sesentuh bersaiz 16 inci dengan resolusi 2.5K dan nisbah paparan 3:2 yang mempunyai nilai kecerahan setinggi 400nit, sesuai untuk pelbagai jenis tugasan produktiviti ataupun aktiviti riadah seperti menonton video-video kegemaran anda di YouTube dan juga Netflix.

image is not available

Komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i9 generasi ke-13 Alder Lake, dan hadir dengan memori DDR5 sebanyak 16GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 1TB. Dengan ketebalan 17.8mm dan berat 1.99kg, komputer riba ini sesuai digunakan sebagai mesin produktiviti yang boleh dibawa kemana-mana.

image is not available

Bagi anda yang tidak memerlukan kuasa pemprosesan yang begitu berkuasa, Huawei MateBook D14 juga telah dikemaskini dengan siri cip pemprosesan Intel generasi ke-12. Ia hadir dengan paparan IPS FullView Display dengan resolusi Full HD dan mempunyai nisbah paparan ke bingkai 90% yang memaksimakan saiz paparan dalam rekaan yang lebih padat.

image is not available

Bercakap mengenai saiz, Huawei MateBook D14 juga tampil dengan rekaan yang padat dan ringan, dimana ia mempunyai ketebalan 15.9mm sahaja, dan hanya seberat 1.39KG. Ia juga tampil dengan satu ciri menarik, iaitu Huawei Metaline Antenna, yang mana Huawei menjanjikan kebolehan menyambung ke rangkaian WiFi pada jarak 270 meter.

image is not available

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan bateri bersaiz 84Whr dimana Huawei juga menjanjikan penggunaan sepanjang hari.

image is not available

Huawei Malaysia mengatakan bahawa komputer-komputer riba Huawei MateBook 16s dan Huawei MateBook D14 ini akan tiba di pasaran tempatan pada tanda harga berikut:

  • Huawei MateBook 16s – RM6999
  • Huawei MateBook D14 (8GB, 512GB) – RM3199
  • Huawei MateBook D14 (16GB, 512GB) – RM3399