Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

LocalTechnology
9 Jun 2026 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Huawei hari ini memperkenalkan Watch Kids X1 di Malaysia iaitu siri jam tangan pintar yang direka khusus untuk kanak-kanak dengan penekanan kepada aspek keselamatan, kesihatan serta keselesaan.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Watch Kids X1 Pro dengan dua model iaitu Standard dan Pro. Model Standard direka dengan engsel boleh lipat yang boleh diputarkan sehingga 360 darjah yang membolehkan pengguna angkat atau laras sudut paparan mengikut keselesaan. Sementara itu, model Pro menggunakan rekaan boleh tanggal dengan fungsi putaran. Kedua-duanya dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 1.82 inci untuk paparan yang lebih jelas dan terang.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Watch Kids X1 versi asas hadir dalam pilihan warna Biru dan Merah Jambu manakala varian Pro ditawarkan dalam warna Hitam dan Ungu Muda. Model Standard sesuai untuk pergelangan tangan bersaiz 115 hingga 190 milimeter dengan berat 70 gram. Sementara itu, model Pro direka untuk saiz pergelangan tangan 120 hingga 190 milimeter dengan berat 72 gram.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Watch Kids X1 Pro hadir dengan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP sesuai untuk swafoto, gambar berkumpulan dan pelbagai rakaman lain. Menariknya, kedua-dua model turut menyokong kamera hadapan sudut lebar 110° pertama dalam industri untuk memastikan semua orang dapat masuk dalam bingkai dengan lebih mudah.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Antara ciri kamera yang ditawarkan termasuk mod pemasa dengan pilihan 2, 5 atau 10 saat sebelum rakaman bermula. Ia juga hadir dengan 14 penuras gaya terbina yang boleh ditukar segera serta lebih 100 pelekat menarik untuk menambah keseronokan pada gambar. Selain itu, jam tangan ini menyokong panggilan video dengan teknologi pembatalan hingar berasaskan AI dan penapis pintar bagi memastikan komunikasi lebih jelas.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999
Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Siri Huawei Watch Kids X1 ini dilengkapi sistem kedudukan tepat dengan lima mod seperti satelit dwi-jalur, Wi-Fi dwi-jalur, bantuan sensor dan SOS. Ia juga menyokong pemantauan masa nyata melalui aplikasi FamCare bagi membolehkan ibu bapa menjejaki lokasi anak secara langsung, menetapkan zon selamat serta menerima amaran segera jika sempadan dilanggar.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Jam tangan ini menyokong panggilan video terus antara ibu bapa dan anak lengkap dengan fungsi pengurusan panggilan, jadual mod fokus serta kawalan penggunaan aplikasi. Ia juga dilengkapi dengan pemantauan kadar denyutan jantung dan emosi untuk memastikan anak sentiasa berada dalam keadaan baik. Dengan bateri 850mAh, ia mampu bertahan sehingga satu hari bagi penggunaan biasa.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999
Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999

Huawei Watch Kids X1 mula dijual di Malaysia dengan harga RM999 untuk model Standard dan RM1599 untuk model Pro. Pratempahan bermula hari ini dengan hadiah bernilai sehingga RM808.

Image from: Siri Huawei Watch Kids X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM999