Siri iPhone 17 Dilaporkan Dilengkapi Sistem Penyejukan Kebuk Wasap Peranti Gaming

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon pintar Android sudah bertahun lamanya menggunakan sistem penyejukan yang canggih untuk memastikan tidak berlakunya masalah pemanasan. Selain turut ingin memastikan prestasi pantas yang konsisten. Biasanya, teknologi penyejukan ini akan digunakan pada peranti gaming dan peranti mercu premium. Terbaru, teknologi lebih kurang sama mungkin akan digunakan pada iPhone 17.

image is not available
Kebuk wasap OnePlus Cryo-velocity

Menurut laporan MyDrivers, Apple dikatakan akan menggunakan sistem penyejukan kebuk wasap bersama-sama dengan kepingan grafit. iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dikatakan akan menggunakannya berbeza dengan laporan Ming-Chi Kuo yang menyatakan ia terhad kepada model Pro Max sahaja.

Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana selepas kemas kini iOS 18, iPhone mula menyokong mod gaming tersendiri. Ia berfungsi dengan mengurangkan penggunaan memori dan data di latar untuk fokus kepada permua yang sedang dimainkan. Cuma, tidak pasti jika pengguna akan menerima sebarang kawalan ataupun tidak untuk memantau suhu peranti dan sebagainya.