Siri Oppo Reno14 Kini Rasmi – Cip Dimensity 8450 Dan Bateri 6200mAh

TechnologyDigital
15 May 2025 • 6:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Reno14 dan Oppo Reno14 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China dengan reka bentuk berbeza, serta peningkatan spesifikasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Berdasarkan paten mereka, peranti ini dipasarkan dalam kategori kelas pertengahan premium dan menampilkan keupayaan kamera sebagai fokus utama.

image is not available

Oppo Reno14 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83 inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz, selain memiliki tahap kecerahan puncak sehingga 1200 nits. Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8450 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sebesar 1TB UFS 3.1. Keupayaan fotografi menjadi keutamaan, dengan sistem kamera terdiri daripada sensor utama 50MP, kamera ultra-lebar, telefoto dan kamera swafoto 50MP di bahagian hadapan.

image is not available
Oppo Reno14 Pro

Ciri unik pada Reno14 Pro termasuk keupayaan memulakan siaran langsung di platform media sosial hanya dengan gerakan tangan, serta sistem audio yang ditambah baik bagi meningkatkan kualiti siaran langsung tersebut. Bateri berkapasiti 6200mAh turut disediakan dan menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Sementara itu, Oppo Reno14 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59 inci beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz serta tahap kecerahan puncak 1200 nits. Ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 8350 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 3.1.

image is not available
Oppo Reno14

Sistem kameranya terdiri daripada gabungan sensor utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, telefoto 50MP, serta kamera swafoto 50MP dengan keupayaan autofokus. Peranti ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh serta sistem pengecasan pantas 80W.