Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026

LocalTechnology
18 Jun 2026 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026

Oppo kini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi siri Reno16 baharu di Malaysia yang akan berlangsung pada 8 Julai 2026. Siri ini menampilkan reka bentuk unik yang lebih dekat dengan generasi muda, khususnya Gen-Z. Antara tarikan utama ialah pengenalan konsep “3D Pop Planet Design” yang eksklusif untuk edisi “Pop White” sebagai sebahagian daripada identiti Reno16.

Image from: Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026

Turut diumumkan, kumpulan K-pop BABYMONSTER dilantik sebagai “Reno Ambassador” untuk pasaran terpilih. Mereka dipilih kerana penampilan yang bertenaga, populariti di peringkat antarabangsa serta daya tarikan terhadap golongan muda selari dengan identiti siri Reno itu sendiri.

Image from: Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026
Image from: Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026

Sebanyak tiga model akan diperkenalkan iaitu Reno16 Pro, Reno16 standard dan Reno16F. Namun begitu, buat masa ini spesifikasi dalaman masih belum diumumkan. Sementara menunggu pelancaran rasmi, pelanggan sudah boleh membuat pratempahan untuk siri Reno16 dan berpeluang menjadi antara yang terawal merasai pengalaman telefon pintar baharu ini.

Image from: Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026
Image from: Siri Oppo Reno16 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Julai 2026

Selain itu, pratempahan turut menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1198 termasuk edisi terhad Oppo Reno16 Series x BABYMONSTER Limited Edition Gifts atau Reno16 Series Gift Box. Dalam masa yang sama, pratempahan juga meliputi produk IoT Oppo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved