
Oppo baru sahaja melancarkan siri Reno16 ke pasaran global dengan tiga model berbeza iaitu Reno16, Reno16 Pro dan Reno16 F. Menariknya, versi global ini hadir dengan sedikit perubahan spesifikasi berbanding model asal yang dilancarkan di China.

Reno16 Pro dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.3” FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, serta menyokong 1.07 bilion warna (10-bit) dan ketumpatan piksel 460 PPI. Telefon ini dipadankan dengan cip Dimensity 8550 SUPER bersama memori 12GB LPDDR5X serta storan sehingga 512GB UFS 3.1. Menariknya, ini berbeza dengan model di China yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500s.
Selain itu, ia turut hadir dengan sistem kamera yang terdiri daripada lensa ultra-lebar 50MP, sudut lebar 200MP OIS dan telefoto 50MP. Kamera hadapan pula menggunakan 50MP dengan FOV 100° yang membolehkan rakaman imej lebih luas. Bateri 6,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W digunakan untuk penggunaan berpanjangan manakala ciri tambahan seperti pengimbas cap jari bawah skrin pula bertujuan kemudahan kepada pengguna.

Reno16 pula menggunakan skrin AMOLED 6.3” FHD+ 120Hz yang dipadankan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Kamera utamanya terdiri daripada lensa ultra-lebar 50MP, sudut lebar 50MP OIS dan telefoto 50MP. Manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP dengan FOV 100° untuk rakaman imej yang lebih jelas. Bateri berkapasiti 6,700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W turut digunakan serta ciri pengimbas cap jari bawah skrin pula menambah kemudahan pengguna.

Reno16 F mempunyai paparan AMOLED 6.57” FHD+ 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7300-Energy, memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 256GB. Bateri berkapasiti 7,000 mAh turut disertakan dan menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Kamera utama pula terdiri daripada lensa ultra-lebar 8MP, sudut lebar 50MP OIS serta lensa telefoto 50MP. Manakala kamera hadapan menggunakan sensor 50MP dengan FOV 100° yang membolehkan rakaman swafoto lebih berkualiti tinggi.

Ini adalah kesemua model Reno16 yang ditawarkan secara global. Sementara itu, pelancaran di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 8 Julai 2026 dengan pratempahan yang kini telah dibuka melalui bayaran deposit sebanyak RM50.



