
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan khususnya Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan (Mindef) diharap dapat mengambil langkah tegas susulan siri pencerobohan tentera China di perairan Malaysia di Laut China Selatan ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Ruslan Muharram berkata, pencerobohan yang berlaku sejak sekian lama dan kini semakin kerap telah menimbulkan kegusaran rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.
Katanya, terbaru, pihak US Indo-Pacific Command telah mengeluarkan imej pintasan pesawat tempur tercanggih iaitu J-11 milik Tentera Laut China di ruang udara antarabangsa di laut China Selatan, baru-baru ini.

