Siri Poco F8 Bakal Dilancarkan Pada 26 November 2025

Technology
17 Nov 2025 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Poco mengumumkan tarikh pelancaran telefon mercu terbaharunya iaitu siri Poco F8 yang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2025 di Bali, Indonesia. Menariknya, acara tersebut bukan sahaja akan menjadi pelancaran rasmi untuk rantau Asia Tenggara malah turut berpotensi sebagai pelancaran bagi pasaran global.

image is not available

Generasi baharu ini dikhabarkan terdiri daripada tiga model, iaitu Poco F8, Poco F8 Pro, dan Poco F8 Ultra. Walau bagaimanapun, model asas F8 dijangka tidak akan diperkenalkan pada acara tersebut.

Sebaliknya, pelancaran kali ini akan memberi tumpuan kepada dua model utama iaitu F8 Pro dan F8 Ultra yang dijangka menjadi tarikan utama dalam siri ini.

image is not available

Menurut laporan, kedua-dua model ini merupakan versi yang dijanamakan semula daripada Redmi K90 dan Redmi K90 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan di China.

Dari segi rekaan dan spesifikasi dalaman, Poco F8 Pro dan F8 Ultra dijangka mengekalkan ciri yang sama seperti model Redmi tersebut.

Pun begitu, terdapat sedikit perbezaan pada sokongan bateri di mana kedua-duanya dikatakan menawarkan kapasiti yang lebih kecil berbanding K90 dan K90 Pro Max.