Vivo X300 Dan X300 Pro Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3599

TechnologyDigital
13 Nov 2025 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo hari ini melancarkan telefon mercu terbaharunya siri vivo X300 di Malaysia. Peranti menggabungkan cip pemproses dan sistem operasi terkini untuk menghasilkan prestasi yang lancar serta menyampaikan pengalaman pengguna yang responsif.

image is not available

Vivo X300 hadir dengan skrin LTPO AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Ia dikuasakan cip Dimensity 9500 bersama 16GB RAM dan storan dalaman 512GB untuk prestasi yang lancar. Peranti ini menjalankan sistem operasi OriginOS 6 yang tersedia secara global, lengkap dengan ciri seperti Flip Cards, One Tap Share dan vivo OfficeKit.

image is not available
image is not available

Vivo X300 Pro pula dilengkapi sistem kamera ZEISS yang merangkumi telefoto 200MP ZEISS APO, utama 50MP dengan sokongan gimbal, ZEISS ultra lebar 50MP dan kamera hadapan 50MP. Cip Pro Imaging VS1 disertakan menyokong rakaman 4K Stage All-in-One, video Dolby Vision 4K pada 120fps dan rakaman 4K 10-bit Log. Ia turut menawarkan rakaman gerakan jarak jauh sehingga 20x serta mod telefoto khas untuk subjek yang lebih jelas.

image is not available
image is not available
image is not available

Selain itu, X300 Pro disokong oleh bateri BlueVolt 6510 mAh dengan pengecasan pantas 90W dan nirwayar 40W. Ia juga hadir dengan paparan ZEISS Master Color, pengimbas cap jari ultrasonik 3D dan teknologi AI SuperLink. Reka bentuk kaca 3D unibody dengan teknik Coral Velvet Glass menyerlahkan gaya premium manakala penarafan IP68/IP69 memberikan perlindungan terhadap habuk dan air.

image is not available

Sementara itu, Vivo X300 menggunakan skrin LTPO AMOLED 6.31 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 4500 nits. Ia dikuasakan cip Mediatek Dimensity 9500 yang digabungkan dengan memori 16GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan dalaman 512GB UFS 4.1 untuk prestasi yang pantas dan stabil. Sistem kameranya merangkumi kamera utama 200MP, telefoto APO 50MP, ultra lebar 50MP dan hadapan 50MP sudut lebar.

image is not available
image is not available

Selain itu, Vivo X300 menyokong rakaman 4K Stage All-in-One, video Pro 4K pada 120FPS serta dilengkapi ciri seperti Adaptive Zoom Flash, AI One-Shot Multi-Crop dan mod potret untuk hasil imej yang lebih jelas. Ia dilengkapi bateri BlueVolt 6040 mAh dengan pengecasan pantas 90W dan nirwayar 40W. Paparan ZEISS Master Color, sistem penyejukan, pengimbas cap jari ultrasonik 3D dan teknologi AI SuperLink turut melengkapkan ciri premium peranti ini.

image is not available
image is not available

Anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua peranti ini melalui pratempahan yang kini dibuka. Harga jualan bagi vivo X300 bermula dari RM3,599 untuk varian 12GB RAM + 256GB storan dan RM3,899 untuk varian 16GB RAM + 512GB storan. Bagi vivo X300 Pro pula, ia ditawarkan pada harga RM4,699. Setiap pembelian turut disertakan hadiah eksklusif bernilai RM2873 termasuk set teleconverter kit dan pelbagai aksesori menarik yang lain.

image is not available