Siri realme 13 Pro 5G adalah peranti baharu realme yang akan memfokuskan kepada fotografi. Berdasarkan imej yang dikongsi, realme tidak bekerjasama dengan mana-mana syarikat kamera seperti Oppo atau OnePlus dengan Hasselblad. Sebaliknya mereka membangunkan teknologi pengimejan sendiri dan turut bekerjasama dengan Sony untuk sensor baharu.

Baru-baru ini realme telah mengesahkan yang siri realme 13 Pro 5G akan dilancarkan pada 30 Julai 2024. Dua warna akan diperkenalkan iaitu Monet Gold dan Monet Purple. Peranti ini akan dilengkapi dengan tiga kamera daripada 1x sensor Sony LYT-701, OIS dan 2x sensor Sony LYT-600, zum optikal 3X. Seperti realme GT6, teknologi NEXTAi yang menggunakan model kecerdasan buatan generatif AndesGPT turut akan dibawakan pada peranti ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran yang diumumkan adalah untuk pasaran India. Tiada sebarang maklumat sama ada peranti ini akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kerana realme mendakwa realme 13 Pro+ 5G baharu mereka mempunyai kamera yang lebih baik berbanding sebuah kamera DSLR.

