Siri Realme Narzo 60 Hanyalah Realme 11 Yang Dijenamakan Semula

TechnologyDigital
6 Jul 2023 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Realme Narzo 60 akhirnya dilancarkan secara rasminya di India pada hari ini. Sebanyak dua variasi model diumumkan yang merangkumi Realme Narzo 60 dan Realme Narzo 60 Pro, namun secara umumnya penawarannya di sini adalah sama sahaja dengan siri Realme 11 sebelum ini.

Bermula dengan Realme Narzo 60 Pro 5G, ia hanyalah sebuah Realme 11 Pro yang dijenamakan semula. Peranti dilengkapi skrin OLED 6.7-inci yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip Dimensity 7050, memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB sebagai tunjang utama. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan sambungan USB-C. Kemudian dwi-kamera utama 100MP OIS + 2MP dan kamera swafoto 16MP juga disediakan pada peranti.

Realme Narzo 60 5G pula boleh menjadi Realme 11 yang dijenamakan semula. Ia dilengkapi skrin OLED 90 sebesar 6.4-inci yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Peranti kemudiannya dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 6020, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB. Kapasiti bateri pula sebesar 5,000mAh yang juga menyokong sistem pengecasan pantas 33W.

Turut melengkapi kedua-dua peranti ini adalah sistem audio stereo, pengimbas cap jari di skrin, bicu audio 3.5mm dan slot mikroSD untuk ruang tambahan. Harga peranti bermula INR17,999 (~RM1,016) untuk Narzo 60 5G, sementara itu Narzo 60 Pro pula bermula INR23,999 (~RM1,355) sebuah.