Tahun 2021, realme mendaftar tanda dagang untuk realme Note. Kini selepas 3 tahun, realme Filipina mengesahkan yang salah satu peranti di bawah siri ini adalah realme Note 50 dan akan dilancarkan pada 24 Januari ini. Satu lagi peranti iaitu realme Note 1 dikatakan mungkin untuk pasaran Indonesia pula.
First in the series. First in the world. 
This is the realme Note 50.
Don’t miss out as we introduce the #LongLastingValueCompanion to the world for the first time! 
Take note of the price reveal next Tuesday, 01.23.24 at 12NN.
pic.twitter.com/t7MWNM5cPr
realme Note 50 dilihat seakan sebuah realme C51 yang dijenamakan semula. Jika benar, ramalan saya sebelum ini tepat iaitu siri Note adalah pengganti Narzo kerana dahulu Narzo juga merupakan peranti realme lain yang dijenamakan semula.

Skrin peranti ini berkemungkinan adalah LCD bersaiz 6.74-inci beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Dijana Unisoc T612, memori dan storan 4/128 GB, bateri 5000mAh dengan pengecasan 10W, dan kamera mungkin 50MP serta 5MP tetapi masih tidak disahkan lagi.
Untuk realme Note 1, ia dikatakan akan hadir dengan skrin 6.67-inch OLED FHD+, 120Hz, dijana Dimensity 7050, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, serta kamera 108 Megapixel. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

