Siri Redmi Note 15 Pro Bakal Dilancarkan Pada Bulan Ini

TechnologyDigital
12 Aug 2025 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi dijangka melancarkan siri terbaharu mereka, Redmi Note 15 Pro pada Ogos ini. Pelancaran ini bukan sahaja memperkenalkan inovasi terkini dalam rangkaian peranti Redmi, malah turut memperingati ulang tahun ke-12 sejak pengeluaran telefon pintar pertama jenama tersebut.

image is not available

Dalam tempoh lebih sedekad, siri Redmi Note telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan sebagai antara telefon paling popular, dengan kehadiran kukuh di pelbagai pasaran global. Kejayaan ini mencerminkan daya tarikan produk Redmi yang semakin mendapat perhatian pengguna di seluruh dunia.

Note 15 Pro dijangka membawa peningkatan dari segi reka bentuk, prestasi kamera dan kecekapan cip pemprosesan. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi penuh mahupun tarikh pelancaran khusus. Namun, pengumuman lanjut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved