Apple Siri Bakal Membolehkan Anda Mengawal Aplikasi Menggunakan Arahan Suara

TechnologyDigital
11 Aug 2025 • 10:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia mengalami cabaran dalam pembangunan Siri mereka yang ditambah-baik menggunakan sokongan kecerdasan buatan. Siri yang sepatutnya hadir pada tahun ini, telah pun ditangguhkan ke tahun hadapan. Walaupun tertangguh, Apple dilihat berhasrat ingin menyertakan sejumlah ciri tambahan pada Siri.

image is not available

Menurut laporan Bloomberg, Apple dilaporkan sedang bangunkan integrasi yang membolehkan pengguna menggunakan Siri dalam mengawal aplikasi lain. Sebagai contoh, pengguna boleh meminta Siri untuk menghantar perkongsian ke media sosial, atau melakukan tempahan kenderaan seru-pandu.

Ia dikatakan Siri telah mula menguji ciri ini bersama beberapa aplikasi popular, termasuk uber, Temu, Threads, Facebook dan YouTube. Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat ciri ini diperkenalkan seawal 2026 kelak.


Implementasi ini juga dijangka akan mengubah kaedah bagaimana pengguna menggunakan telefon pintar mereka – dan pada masa yang sama membentuk pembangunan peranti seterusnya, sebagai contoh kaca mata pintar Apple.