Siri Samsung Galaxy S21 Kini Akan Menerima Kemas Kini Tampalan Sekuriti Setiap 3 Bulan

TechnologyDigital
4 Feb 2025 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Samsung Galaxy S21 adalah antara peranti Samsung yang menyokong sokongan kemas kini 4+5 tahun. Peranti ini dilancarkan pada tahun 2021, kini sudah berusia 4 tahun – kesemua peranti di bawah siri ini akan menerima kemas kini terakhir.

image is not available

Ia dilancarkan dengan One UI 3.1, dan One UI 7 akan menjadi kemas kini utama terakhir. Ini bermakna, selepas One UI 7 diedarkan, Galaxy S21 hanya akan menerima kemas kini tampalan sekuriti sehingga tahun 2026. Cuma, kini kemas kini untuk sekuriti tidak lagi akan ditawarkan secara bulanan tetapi secara setiap tiga bulan.

Jika anda adalah pengguna Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra – sudah sampai masa untuk tukar ke peranti lebih moden dengan sokongan Galaxy AI dan kemas kini 7 tahun. Jika anda rasakan Galaxy S25 terlampau mahal, Galaxy S24 kini boleh dibeli pada harga lebih murah.